Selasa, 2 Jun 2015

Ahad, 24 Mei 2015

BAHAN BANTU MENGAJAR





















ESEI





Ggge2123

Teknologi dan inovasi dalam pendidikan
“penggunaan facebook dalam peLAJARAN”
1-mawaddah bt yaziz                                    a149966
2-anis syafiqah bt razman                           A149172
3-siti BAZILAH BT ZULKEFLI                               A150516
4-nur aida syazwana bt che zakaria         a148093
5-norsakina a/p jamaludin                           a150166

  
PENGENALAN
Dalam era globalisasi ini, teknologi berkembang begitu pesat. Teknologi yang berkembang pesat ini melahirkan banyak laman-laman social seperti Facebook dan Twitter yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat.
Facebook merupakan laman sosial yang dikendalikan oleh Facebook, Inc. yang menyasarkan golongan belia, tetapi kini Facebook telah menjadi sesuatu yang harus dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat dengan tiada had umur. Pada hari ini, kanak kanak seawal usia 7 tahun telah pun mempunyai akaun Facebook tersendiri. Hal ini demikian kerana Facebook boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang memiliki alamat e-mel yang sah.
Facebook diasaskan oleh  Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard,tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Standford.Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.
Pada mulanya, Facebook digunakan untuk menambah kenalan sama ada dalam atau luar negara, dan untuk berhubung sesame sendiri serta berkongsi gambar dan info. Tetapi kini facebook digunakan secara menular sebagaima dah untuk menyebarkan berita, berniaga secara atas talian dan juga digunakan dalam bidang pendidikan.Facebook pada hari ini kerap dijadikan sebagai media pembelajaran oleh tenaga pengajar dan pelajar.Media pembelajaran merupakan alat yang berfungsi sebagai perantara atau penyampai isi berupa informasi berupa visual dan verbal untuk keperluan pengajaran.
Facebook dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran secara online dengan mewujudkan kumpulan dalam Facebook. Di dalam kumpulan tersebut, segala nota dan perbincangan akan diwujudkan yang dapat membantu pelajar untuk lebih memahami tentang sesuatu subjek. Selain itu, Facebook juga amat membantu dalam perbincangan antara pengajar dan pelajar, serta perbincangan antara pelajar sesame  pelajar. Dengan Facebook, pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana, bukan terhad di dalam kelas sahaja.
Teknologi yang wujud pada hari ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik.Penggunaan Facebook boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal. Hal ini akan memberi kemudahan kepada pengajar serta para pelajar.
.

APLIKASI FACEBOOK DALAM PELAJARAN
Amat penting bagi pensyarah dan guru memperkenalkan rangkaiansosial kepada pelajar. Menurut Caroline dan Terri(2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar  untuk ;
1)      Membuka akaun facebook mereka sendiri dan menjadi kawan dengan seorang (sekurang-kurangnya) daripada rakan di dalam kelas.
2)      Menyiarkan gambar yang berkenaan dan bersesuaian dengan kelas, pesanan mengenai tugasan kursus, dan pemohonan kursus
3)      Mencuba penggunaan ciri yang berbeza:
                               I.            Ruangan komen
                            II.            Membuat pos
                         III.            Menghantar mesej
                         IV.            Menubuhkan ‘group’  atau kumpulan unutk perbincangan
                              

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah membolehkanmaklumat diterima dengan cepat dengan hanya menggunakan peranti komputeryang mempunyai akses internet. Sebarang maklumat yang diperlukan boleh diperoleh pada bila-bila masa. Kemajuan ini juga telah menyumbang kepada perubahan cara pengajaran dan pembelajaran yang tidak lagi terhad kepada kandungan buku teks mahupun perkara yang disampaikan oleh seseorang guru didalam kelas. Dengan membina peralatan dalam struktur sosial facebook, interaksi antara peserta boleh ditingkatkan. Misalnya melalui aplikasi perpustakaan, pelajar yang mempunyai kesukaran untuk mencari katalog perpustakaan elektronik atau mempelajari cara penggunaan sistem perpustakaan universiti mungkin lebih selesa bertanya kepada kawan di dalam kumpulan atau menggunakan fungsi butang “Tanya Pustakawan” bukannya terus kecewa dan berputus asa. Pustakawan boleh  mengggunakan perpustakaan melalui Facebook sebagai salah satu cara untuk berhubung rapat dengan pelajar yang selalu diajar dalam sesi perpustakaan. Aplikasi Facebook yang dibina oleh perpustakaan boleh menyediakan satu ruang untuk pelajar bertanya soalan rujukan. Walaubagaimanapun, penambahan ciri-ciri tertentu mungkin boleh membantu meningkatkan perkhidmtan ini. Secara keseluruhannya, platform begini boleh membantu menjadikan perpustakaan lebih terbuka dan mudah dicapai, sekaligus menggalakkan lebih banyak interaksi dan peluang pembelajaran dan pengajaran. Jika pindahkan senario ini kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajar  sewaktu mereka menemui nota/modul yang berguna. Mereka mungkin mencadangkan nota/modul kepada kawan mereka sewaktu interaksi ini. Aktiviti ini boleh membantu pelajar meningkatkan kemahiran mereka seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik mereka.

Selain daripada itu, pelajar dan guru juga boleh mengadakan kumpulan perbincangan dalam laman sosial ini. Mewujudkan ‘group’ atau kumpulan seperti memudahkan pelajar berserta guru unutk membincangkan subjek-subjek tertentu serta kerja rumah. Ia turut memudahkan guru untuk membuat pesanan mengenai kerja rumah kerja rumah atau menyampaikan nota-nota kepada pelajar sebelum atau selepas kelas. Banyak faedahnya menggunakan kaedah ini antaranya ialah menjimatkan masa dan menjimatkan kos kerana guru tidak lagi perlu mengagihkan nota tersebut dalam bentuk ‘hardcopy’. Bukan itu sahaja, hal ini turut memudahkan pelajar untuk membuat persiapan sebelum memasuki kelas kerana mereka mendapat akses kepada nota tersebut dalam kadar waktu yang singkat.
Selain daripada menubuhkan kumpulan dalam  ‘facebook’, pelajar  dan guru juga boleh memanfaatkan facebook dengan memaparkan persoalan berkenaan topik yang tidak difahami di ruangan ‘post’. Pos-pos ini dapat dilihat oleh keseluruhan ahli dalam kumpulan tersebut. Maka, proses perbincangan dapat dijalankan dengan mudah kerana setiap ahli boleh memberikan respon dengan cepat dan juga dimana-mana sahaja samaada di rumah, sekolah dan sebagainya. Seterusnya, guru juga boleh membuat pos-pos berbentuk soalan serta  meminta pendapat pelajar berkenaan  video, imej yang dipos. Penggunaan video dan imej ini dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan peka akan isu-isu semasa . Respon-respon ini juga boleh dilihat oleh semua ahli termasuk guru. Hal ini dilakukan dengan memanfaatkan ruangan komen yang disediakan disetiap bawah pos-pos tertentu. Dengan itu, perbincangan komen dan diskusi dapat dibuat pada satu tempat sahaja dan tidak bercampur aduk. Disamping itu, selain daripada mewujudkan kumpulan di facebook, pelajar juga boleh berhubung terus dengan pendidik mengenai persoalan tetang topik pelajaran atau kerja rumah. Hal ini dilakukan dengan menghantar mesej di peti masuk akaun guru. Dengan menggunakan cara ini, guru dapat memberikan pendapat secara terus dan mendalam  kepada pelajar tersebut dan komunikasi dapat dilakukan secara ‘real time’. Akhir sekali, aplikasi yang membolehkan kita mengajak rakan-rakan untuk megikuti halaman-halaman berbentuk pelajaran daripada orang yang lebih arif juga merupakan salah satu kelebihan facebook dalam pendidikan. Aplikasi seperti ini memudahkan pelajar untuk merujuk halaman-halaman yang berinformasi dan padat berkenaan topik dan pelajaran mereka.
·       

HALANGAN PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM PELAJARAN
         Terdapat pelbagai faktor yang menghalang penggunaan ‘Facebook’ dalam pendidikan secara menyeluruh.Walaupun sistem pendidikan negara pada masa ini berada dalam arus perdana kepesatan,namun begitu masih ada guru-guru,tenaga pengajar atau para pelajar yang dilabelkan sebagai ketinggalan dalam penggunaan ICT seperti ‘Facebook’ sebagai salah satu medium pembelajaran.
i)  Faktor Kekurangan Masa                                                                     
         Kekangan terhadap masa menjadi salah satu faktor yang menghalang penggunaan ‘Facebook’ dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Hal ini kerana,kadang-kadang seseorang guru memerlukan masa yang khusus atau mengambil masa yang lama bagi memuat naik bahan-bahan pembelajaran ke ‘Facebook’ yang kadang kala sedikit rumit bagi sesetengah guru.Bagi pelajar pula,kekurangan masa untuk memuat turun bahan atau nota pembelajaran menjadikan ‘Facebook’ sebagai medium pembelajaran yang kurang di gemari.
         Bliss (1986) mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pembelajaran berbantukan komputer di kalangan guru. Antara isu yang penting ialah perubahan peranan guru. Melalui kajiannya, ramai guru yang mempunyai sikap tidak yakin dan bimbang terhadap diri sendiri untuk menguasai teknologi yang baru.
         Dalam aspek keyakinan dan keselesaan menggunakan teknologi komputer, Heywod dan Norman (1988) serta Blease dan Cohen (1990) mempunyai dapatan yang sama. Menurut dapatan mereka, apa yang dititikberatkan oleh guru adalah keyakinan dan keselesaan dalam menggunakan komputer.
ii)  Faktor Guru Kurang Pengetahuan dan Kemahiran Berkaitan Komputer
        Somekh (1989) mendapati bahawa pengalaman guru yang negatif atau tidak berkesan semasa mencuba menggunakan komputer akan mendorong guru tersebut untuk menolak inovasi komputer dalam pembelajaran dan pengajaran yang mereka rancangkan.
       Bukan semua guru mempunyai kemahiran berkaitan komputer apatah lagi pengaplikasian ICT seperti ‘Facebook’.Malah mereka tidak mengambil subjek yang khusus mengenai kemahiran komputer sebagai subjek sampingan,kebanyakannya hanya menumpukan terhadap subjek khusus sahaja.Ini yang menyebabkan guru-guru hanya berpengetahuan kemahiran komputer yang asas sahaja.Pengetahuan yang berkaitan dengan komputer para guru ini amat tipis sekali dan berkemungkinan mereka tidak yakin untuk menggunakan penggunaan komputer atau ICT apatah lagi ‘Facebook’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
iii)  Faktor Kekurangan Peralatan Komputer,Perisian Komputer dan Talian Internet yang Terhad
            Kelengkapan dan kemudahan yang ada juga turut menjadi halangan yang nyata dalam melaksanakan penggunaan komputer apatah lagi ‘Facebook’ sebagai medium dalam pembelajaran dan pengajaran.Kekurangan peralatan komputer dan perisian menyebabkan sukar untuk menyelesaikan masalah jika berlaku permasalahan terhadap komputer.Sekiranya komputer tidak dapat berfungsi,bagaimana ‘Facebook’ akan di akses?
           Namun begitu,sekiranya komputer dapat berfungsi dengan baik tetapi ketiadaan talian internet maka ‘Facebook’ tidak juga dapat di akses.Masalah seperti ini sering dialami oleh golongan pedalaman yang memperolehi bukan sahaja kelengkapan dan kemudahan komputer yang terhad bahkan talian internet juga amat susah untuk di dapati di sesetengah kawasan pedalaman.Hal ini mengakibatkan pengaplikasian ‘Facebook’ sebagai salah satu medium pembelajaran agak sukar untuk di realisasikan.
iv)  Faktor Kurang Sokongan dan Galakan daripada Pihak Pentadbir Sekolah atau Pihak Atasan
            Sokongan dan galakan dari pihak pentadbir dan pihak atasan sangat penting dalam melibatkan penglibatan semua guru dalam bidang ICT.Justeru,pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa berfikiran terbuka iaitu dengan mengubah persepsi negatif guru yang melihat pembelajaran berasaskan teknologi dan medium seperti ini adalah sukar dengan memperkenalkan kaedah-kaedah baru pembelajaran dengan menggunakan bidang teknologi dan medium baru pembelajaran seperti ‘Facebook’.
            Selain itu,pihak pentadbir dan pihak atasan juga mestilah memberi sokongan yang padu kepada guru iaitu dengan memperkasakan kemahiran guru dengan memberikan kursus kemahiran penggunaan teknologi secara cekap dan efektif.



v)  Faktor Penglibatan Guru dalam Bengkel atau Kursus Teknologi yang Diadakan
               Sesetengah golongan guru ‘senior’ atau guru lama agak kurang melibatkan diri dalam bengkel atau kursus teknologi.Mereka lebih selesa menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lama tanpa melibatkan sebarang teknologi apatah lagi ‘Facebook’ sebagai medium pembelajaran yang di anggap rumit dan memakan masa yang lama untuk di gunakan.
              Sekiranya bengkel atau kursus teknologi sering diadakan akan tetapi tidak mendapat sambutan dari guru-guru,objektif untuk meningkatkan pengaplikasian teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai dan kaedah sesi pengajaran dan pembelajaran akan sentiasa di takuk yang sama tanpa sebarang kemajuan dan pengubahsuaian ke arah yang lebih baik dan efektif.



IMPLIKASI PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM PELAJARAN
Penggunaan Facebook sebenarnya sangat banyak memberikan impak terhadap dalam proses pembelajaran.Namun impak-impak ini boleh diklasifikasikan kepada dua bahagian sama ada impak baik ataupun impak buruk. Memang tidak dapat dinafikan bahawa applikasi facebook ini sememangnya sangat bermanfaat dan membantu dalam proses pembelajaran.Ia bukan sahaja membantu kita untuk bersosial malah ia menyediakan ruang diskusi yang sangat effektif kepada para pelajar.Para pelajar akan mudah untuk menyalur dan berkongsi pendapat.Facebook juga mempunyai pelbagai aplikasi tambahan yang mampu bertindak seperti aplikasi ‘skype’,private masanger,invitation dan sebagainya.Hal ini membentukan bahawa ia mampu menjadi sesuatu yang sangat berguna dan memudahkan proses pembelajaran terutamanya pembelajaran jarak jauh.Aplikasi ini dapat mendekatkan hubungan dengan pensyarah dan rakan kuliah yang lain.Seterusnya,membolehkan sesuatu mesej dan pesanan itu dapat disampaikan dengaan mudah dan effektif. Maka dengan penggunaan aplikasi ini,kita sudah tidak perlu untuk memuat naik aplikasi lain kerana aplikasi ini sudah cukup lengkap dan bermanfaat untuk penggunanya.Namun kesan buruknya juga masih ada apabila berlaku penyalahgunaan.Kita dapat lihat banyak masa terbuang bila para pelajar terlalu asyik dengan media sosial ini.Maka,para pelajar tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran mereka kerana terlalu taksub bermain facebook ini.Akhir kata,segala input yang baik mahupun buruk boleh didapati daripada facebook ini,maka terpulanglah kepada diri individu tersebut mahu menjerumuskan diri mereka ke arah yang mana.


 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya,penggunaan aplikasi facebook dalam pelajaran sememangnya banyak memberikan kesan baik terhadap proses pembelajaran itu sendiri selain kepada pelajar yang menggunakannya. Aplikasi ini sememangnya dicipta bagi memudahkan urusan semua pihak yang sememangnya semakin sibuk pada era globalisasi ini.Aplikasi ini sememangnya sangat menjimatkan masa dan tenaga kerana setiap kerja dan perbincangan dapat dilakukan di alam maya.Namun,kesan buruk akibat daripada penyalahgunaan aplikasi ini tidak boleh dipandang enteng kerana kesannya mampu menyebabkan seseorang pelajar itu leka dan alpa terhadap pelajaran.Maka, kesan baik atau buruk facebook ini sebenarnya bergantung kepada penggunanya sendiri.Jika para pelajar mampu menjadikan facebook ini sebagai satu medium alat  pembelajaran yang baik,maka pulangan yang baik akan dapat secara total diakhirnya.Namun jika para pelajar tidak memanfaatkan facebook ini secara baik,maka pelajar itu sendiri akan susah untuk fokus kepada pelajaran. Maka,para pelajar sekarang bukan sahaja perlu dipantau penggunaan facebook mereka namun perlulah dibimbing dan diberi tunjuk ajar agar mereka tidak mensia-siakan medium yang bermanfaat ini ke arah perkara yang tidak baik.



RUJUKAN
-Baker. P. 1999.Creating learning communities: The unfinished agenda.  In B.
    A.Pescosolido & R. Aminzade (Eds.).The social works of higher education
    (pp. 95-109).  Thousand Oaks CA: Pine Forge Press.
-Caroline Loge Munoz &Terri L Towner. 2009. Opening Facebook: How to Use
    Facebook in the College Classroom,             http://www46.homepage.villanova.edu/john.immerwahr/TP101/Facebook.pdf [7 Mac 2011]
-Mazer. J. P., Murphy. R.E., &Simonds. C. J. 2007. I’ll see yu on “Facebook” :
    The effects of computer-mediated teacher self-disclosure on students
    Motivation,affective learning and classroom climate. Communication
    Education, 56, 1-17.

Khamis, 21 Mei 2015

10 VIDEO TEKNOLOGI DAN INOVASI

1)  flying car

2) free energy generator light bulb

3) opening a door via text via message

4) smart house

5) lifestraw makes water drinkable

6) free energy magnet motor fun

7) underwater car

8) secret stairs

9) free energy light generator

 10) amazing technology




10 JENIS TEKNOLOGI DAN INOVASI

1) BENANG ANTI MIKROB 



          Coats Protect - pengubatan kimia pada benang jahit yang memberikan perlindungan dari mikrob dan bakteria. Ada banyak produk seperti perabot di hospital, tempat tidur, bilik operasi, dan barangan luar yang memerlukan perlindungan terus-menerus dari mikrob dan bakteria yang menyebabkan bau. Pengeluar alas kaki olahraga juga menginginkan alas kaki anti-kulat yang bebas bau sebagai pelengkap produk-produk yang mereka pakai.  Proses pengubatan kimia inovatif yang memberikan sifat anti mikrob / anti kulat pada benang jahit, yang kemudian dapat digunakan dalam berbagai aplikasi jahitan. Proses anti mikrob menciptakan “zon perencatan” yang mencegah pertumbuhan bau kerana bakteria dan patogen di sekitar jahitan, sehingga celah-celah jahitan menjadi bersih dan segar.

2) MIKROSKOP

Mikroskop digunakan melihat atau untuk suatu penelitian benda atau organisme yang mempunyai ukuran mikro atau sangat kecil, dimana kemampuan mata tidak dapat menjangkaunya, maka dibutuhkan suatu alat yang dinamakan mikroskop. Mikroskop terdiri dari bahagian-bahagian dan masing-masing mempunyai fungsi pada bahagian-bahagian mikroskop tersebut.




3)     HEMASITOMETER



Hemasitometer adalah suatu alat yang dapat digunakan untuk melakukan perhitungan sel secara cepat dan dapat digunakan untuk konsentrasi sel yang rendah. Hemasitometer pada mulanya diperuntukkan untuk menghitung sel darah, yang ditemukan oleh Louis-Charles Malassez. Bentuknya terdiri dari dua ruang kira  dan tiap ruang memiliki garis-garis mikroskopis pada permukaan kaca. Jumlah luas dari ruang kira adalah 9 mm. Ruang tersebut nantinya akan ditutup dengan coverslip dengan ketinggian 0.1 mm di atas ruang lantai. Penghitungan konsentrasi sel pada hemasitometer ini bergantung pada volume dibawah coverslip. Pada chamber terdapat 9 kotak besar berukuran 1 mm dan kotak-kotak kecil, di mana satu kotak besar sama dengan 25 kotak kecil sehingga satu kotak besar tersebut memiliki volume sebesar 0.0001 ml. Ada pun kotak yang paling kecil berfungsi untuk mempermudah perhitungan sel. Kelebihan perhitungan sel dengan menggunakan hemasitometer adalah dapat menghitung jumlah sel yang hidup mahupun yang mati, bergantung dari pewarna yang digunakan. Misalnya, bila pewarna “trypan blue” dicampurkan ke dalam larutan sel maka sel yang hidup tidak akan berwarna dan sel yang mati akan berwarna biru. Kelebihan lainnya adalah bentuk sel dapat diamati, dapat menilai kesamaan dan dapat mengesan pencemaran.


4)    UV STERILIGHT


UV Sterilight mampu menghancurkan bakteri dan virus berbahaya dalam air hingga 99,99%, sehingga air yang digunakan steril. UV Sterilight dirancang khusus dan sudah teruji mampu memberikan kegunaan yang konsisten dan bermutu dalam disinfeksi air hingga 9.000 jam, oleh sebab itu kita dapat menjimatkan waktu dan biaya kerana penggantian mentol dilakukan hanya  setahun sekali. Alat ini diperbuat menggunakan stainless-steel (304 SS) berkualiti tinggi sehingga tahan lama dan bergaransi hingga 7 tahun, jadi sangat bermanfaat bagi pemilik restoran kerana anti karat dan bersih. Tidak mengubah warna air, menghasilkan bau dan mengubah rasa air, sehingga tidak akan memberikan pengaruh negatif terhadap makanan dan minuman. Memiliki alarm yang berfungsi untuk memberitahu sisa masa pemakaian mentol dan kerosakan pada mentol UV, serta memonitor jumlah output ultraviolet. Hal ini membantu anda untuk dapat mengganti mentol pada waktunya sehingga terhindar dari kerosakan yang lebih besar. Kualitinya telah mendapat pengakuan CSA (Certified Securities Analyst) International dan CE (Conformité Européenne) Eropa. Ini merupakan sebuah jaminan yang diakui dengan taraf antarabangsa. Hanya memerlukankan daya elektrik sebesar 40 watt atau setara dengan tenaga pada satu buah lampu. Alat ini juga memiliki infrastruktur yang tepat untuk mendapatkan air bersih berkualiti bukanlah sekadar harapan saja. UV Sterilight dapat dijadikan pendukung kelancaran usaha Anda. UV Sterilight tersedia dalam beberapa tipe menurut kebutuhan volume air dan pengguna. 


5)    CLEAN CLOSET

Dicipta oleh Michael Edenius. Almari yang canggih ini dapat mengesan segalan kotoran yang melekat di pakaian dan sekaligus membersihkannya melalui kaedah teknologi molekular di mana ia dapat menghilangkan kotoran dan bau busuk
daripada pakaian secara cepat dan berkesan.

6)   AUTOMATIC CHICKEN COOP


 Dicipta oleh pereka muda Ahmad Faiz Solahudin. Automatic Chicken Coop ini merupakan sebuah reban ayam yang menggunakan kawalan secara automatik berdasarkan gabungan mekanikal dan elektrikal. Ianya membolehkan proses membuang dan mengumpul najis secara automatik mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam sesuatu masa, memberi makanan dan minuman mengikut masa yang telah ditetapkan secara automatik dan menyalakan lampu untuk pencahayaan pada waktu malam. Sasaran utama pengguna sistem ini adalah mereka yang terlibat dengan penternakan dan belaan di rumah atau di klinik haiwan. Ini kerana skop aplikasi kawalan reban ini boleh diubahsuai untuk kegunaan kecil (untuk menempatkan peliharaan) dan untuk kegunaan besar (untuk menempatkan ternakan).

7)     HUD WASAP

A hud wasap atau almari wasap adalah sejenis alat pengudaraan tempatan yang direka untuk menghadkan pendedahan kepada toksik berbahaya atau wasap, wap atau debu. A hud wasap biasanya sekeping besar peralatan melampirkan lima belah kawasan kerja, bahagian bawah yang paling biasa yang terletak pada ketinggian kerja berdiri.




8) PENGURUT LEHER


Pengurut leher ini diperbuat mengikut teori perubatan barat, iaitu elektromagnetisma dan terapi perubatan suhu tinggi. Ia merupakan satu alat perubatan dan penjagaan kesihatan yang berteknologi tinggi serta boleh digunakan di rumah. Ia direka berdasarkan ciri-ciri fisiologi dan patologi anatomi tulang belakang servikal. Ia dihasilkan akibat integrasi terapi gelombang haba dan terapi denyutan elektrik bagi memberikan rawatan yang lebih mudah dan berkesan. Alat rawatan ini dihasilkan berdasarkan prinsip keselamatan dan sains. Reka bentuk luarnya diperbuat mengikut prinsip ergonomik. Hal ini menjadikannya ideal digunakan sebagai terapi tulang belakang dan bahu manusia. Alat ini ringan dan comel, serta dioperasikan melalui suis sentuh dan cip bersepadu yang khusus. Persembahannya stabil dan boleh digunakan semasa tidur kerana ia selamat, selesa dan senang.

9)      STENTE


Untuk merawat CAD, stent membebaskan ubat (perancah) yang dimasukkan ke dalam saluran darah. Implan ini direka khas bagi membantu melebarkan saluran darah untuk pengaliran darah yang lebih lancer ke jantung. Teknologi perubatan terkini menemui Absorb BVS, iaitu satu-satunya stent pembebasan ubat (DES) bukan-metalik. Uniknya, BVS menggunakan teknologi inovatif syarikat, dihasilkan daripada polylactide, sejenis bahan yang biasanya digunakan dalam bidang perubatan seperti benang jahitan pembedahan mudah larut. Memandangkan ia daripada bahan semulajadi. BVS selamat digunakan sebagai implant kerana ia akan habis setelah dua tahun dan diserap semula ke dalam tubuh.

10)     ALAT PEMANTAUAN GLUKOSA DARAH



Pemantauan glukosa darah tanpa wayar, direka bertujuan untuk memudahkan pemeriksaan glucose darah tanpa menggagngu tidur ibu bapa. Sistem ini terdiri daripada monitor mudah alih dan ringan dengan keupayaan untuk mengambil isyarat wayarles bahawa ibu bapa terus dengan mereka dan monitor boleh pakai gelang yang masih diikat di tangan kanak-kanak untuk menghantar keadaan kesihatan monitor.

Ahad, 10 Mei 2015

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MIKROBIOLOGI DALAM KEHIDUPAN

KEBAIKAN


  • Membantu dalam menemukan dan mengembangkan bahan kebutuhan pokok manusia, seperti bahan makanan, pakaian, peralatan dan perumahan serta energi.
  • Menemukan berbagai penyebab dan pengobatan berbagai macam penyakit, baik pada manusia hewan, maupun tumbuhan
  • Penemuan bibit unggul, baik hewan ternak maupun tanaman pertanian yang membantu menyelesaikan masalah pangan.
  • Menyingkap rahsia proses-proses kehidupan, pewarisan sifat, dan gen sehingga dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari – hari.


  • Mengkaji dan melestarikan seluk beluk lingkungan lebih dalam dengan tujuan untuk kelestarian kehidupan.
  • Pengolahan limbah rumah tangga dan industri yang lebih ramah lingkungan dengan menggunakan organisme pengolah limbah yang telah ditemukan peneliti.



KEBURUKAN

  • Digunakan untuk senjata biologis. Bakteri dan virus yang mematikan dapat digunakan sebagai senjata biologis untuk memusnahkan manusia.
  • Memunculkan organisme strain jahat. Dengan adanya rekayasa genetika, sifat – sifat makhluk hidup dapat diubah dengan mudah, termasuk menyisipkan gen jahat yang dapat digunakan untuk membunuh atau meneror manusia.
  • Mengganggu keseimbangan lingkungan. Organisme baru hasil rekayasa manusia dikhawatirkan akan dapat memenangkan kompetisi dan menyingkirkan organisme yang telah ada di alam sehingga dapat menimbulkan ketidakseimbangan alam.
  • Pelanggaran hukum dan nilai – nilai masyarakat. Misalnya ada seorang ibu yang hamil dengan teknik bayi tabung yang spermanya berasal dari bank sperma (tidak dari suaminya). Hal ini tentu akan nengaburkan status anak dan menimbulkan permasalahan di lain waktu.

CARA UNTUK MELIHAT MIKROORGANISMA

Ukuran mikroorganisme yang sangat kecil tidak dapat diamati dengan mata kasar tanpa menggunakan suatu alat pembesar. Secara etimologi, kata Mikroskop berasal dari bahasa Yunani, Micron yang bermaksud kecil dan Scopos yang bermaksud tujuan. Jadi, Mikroskop adalah suatu alat yang digunakan untuk melihat benda-benda mikro yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, misalnya bakteria, virus, dan lain-lain.

Mikroskop pertama kali dikembangkan oleh dua orang ilmuwan Jerman, Hans Janssen dan Zacharias Janssen pada tahun 1590. Pada tahun 1906, Galileo juga membuat alat serupa yang menggunakan lensa optik sehingga dikenal sebagai Mikroskop Galileoatau Mikroskop Optic. Namun, mikroskop yang sempurna baru dibuat pada tahun 1683 oleh seorang ilmuwan Belanda yang bernama Anthony van Leeuwenhoek. Mikroskop buatan van Leeuwenhoek ini mampu membesarkan objek hingga 300x ukuran sebenarnya. Mikroskop terdiri dari dua komponen.yakni :

1) Bagian mekanik : statif,tubus,revolver,meja benda,sekrup pengatur kondensor dan pengatur meja
2) Bagian optik : lensa okuler,lensa obyektif,kondensor dan cermin pengatur cahaya.


Jenis-Jenis Mikroskop

1. Mikroskop Antonio van Leeuwenhoek
Orang pertama yang melihat bakteri adalah Antoni van Leeuwenhoek (1632-1723), seorang pembuat mikroskop amatir berkebangsaan Belanda. Pada tahun 1684, van Leeuwenhoek menggunakan mikroskop yang sangat kecil hasil karyanya sendiri untuk mengamati berbagai mikroorganisme dalam bahan alam. Mikroskop yang digunakan Leeuwenhoek kala itu berupa kaca pembesar tunggal berbentuk bikonveks dengan spesimen yang diletakkan di antara sudut apertura kecil pada penahan logam. Alat itu dipegang dekat dengan mata dan objek yang ada di sisi lain lensa disesuaikan untuk mendapatkan fokus. Dengan alat itulah, Leewenhoek mendapatkan kontras yang sesuai antara bakteri yang mengambang dengan latar belakang sehingga dapat dilihat dan dibedakan dengan jelas. Beliau menemukan bakteri di tahun 1676 saat mempelajari infusi lada dan air (pepper-water infusion). Van Leeuwenhoek melaporkan temuannya itu lewat surat pada Royal Society of London, yang dipublikasikan dalam bahasa Inggris pada tahun 1684. Ilustrasi van Leewenhoek tentang mikroorganisme temuannya dikenal dengan nama "wee animalcules"


2. Light Microscope
Mikroskop ini memiliki dua perangkat lensa,yakni lensa okuler dan lensa obyektif. Sahaya digunakan sebagai sumber iluminasi. Pembesaran spesimen dihitung dengan cara mengalikan perbesaran lensa okuler dengan perbesran lensa obyektif. Misalkan,jika lensa okuler berukuran 10x dan lensa obyektif berukuran 40x,maka bayangan diperbesar 40x. Umumnya,mikroskop ini dilengkapi dengan perbesaran lensa obyektif dengan perbesaran 10x,40x dan 1000x sehingga magnifikasi bayangan objek menjadi 100x,400x dan 1000x yang menandakan bahwa perbesaran lensa okuler 10x. Beberapa mikroskop optik dapat mencapai magnifikasi hingga 2000x. Prinsip umum miroskop ini adalah makin pendek gelombang cahaya,maka resolusinya makin besar. Cahaya putih sebagai sumber iluminasi pada mikroskop ini memiliki panjang gelombang yang tidak dapat digunakan memeriksa obyek ukuran 0,3um. Spesimen yang diamati biasanya diwarnai lebih dahulu dengan teknik tertentu karenaindeks bias spesimen hampir sama dengan indeks bias medium yang mengelilingi spesimen tersebut. Bila melewati dua macam media yang berlainan indeks biasnya,maka cahaya akan membias pada batas kedua media tersebut dan menambah kontras antara spesimen dan mediumnya.


3. Darkfield Microskope
Digunakan untuk memeriksa mikroorganisme tertentu yang tidak dapat dilihat dalam keadaan hidup dibawah light microscope,tidak dapat dicat dan karakter mikroorganismenya tidak dapat diidentifikasi. Mikroskop ini memiliki kondensor berwarna hitam sehingga cahaya tidak langsung masuk melalui spesimen untuk ktmudian menuju lensa obyektif. Kondensor yang hitam ini memantulkan cahaya pada spesimen dengan sudut lancip sehingga terlihat latarbelakang pandangan kelihatan gelap sementara bayangan spesimen kelihatan cerah. Struktur bagian dalam mikroba tidak dapat diamati. Penggunaan mikroskop ini salah satunya pada Treponema pallidium,miroba yang menyebabkan penyakit syphilis.


4. Phase-Contras Microskop
Mikroskop ini digunakan untuk memeriksa dengan teliti tentang struktur mikroorganisme yang masih hidup. Dalam miroskop ini terdapat kondensor khusus yang memfokuskan cahaya kepada spesimen. Cahaya diteruskan melalui suatu platdifraksi ke lensa obyektif dan terus melewati bagian-bagian spesimen mengalamidefraksi melalui jalur yang berbeda sehingga dapat menambah atau mengurangi kontras bagianbagian sel yang berlainan.


5. Differential Interference Contras Microscope
Mikroskop ini digunakan untuk mengamati mikroba yang bersifat transparan. Berkas cahaya terpencar dan dikombinasikan kembali oleh suatu prisma khusus. Hasil pengamatan menghasilkan bayangan objek yang bersifat tiga dimensi.


6. Flouresence Microscope
Mikroskop ini digunakan untuk mengamati mikroorganisme yang bersifat dapat memancarkan sinar fluor ketika diwarnai dengan cat. Sumber cahaya dalam mikroskop ini adalah ultra ungu. Bila suatu spesimen yang diamati tidak memancarkan sinar flourescene,maka spesimen diwarnai dengan cat fluorochrome. Mikroba yang diwarnai dengan zat ini akan memancarkan cahaya dibawah sinar ultra ungu. Zat warna memiliki daya serap tersendiri pada mikroba yang berbeda. Misalkan, fluorochrome auramine O akan memancarkan cahaya kuning dibawah sinar ultra ungu yang akan banyak terserap oleh Mycobacterium tuberculosis. Bacillus anthractis kelihatan berwarna hijau muda bila diwarnai dengan FITC (Forescen Isothiocynate). Teknik ini dapat digunakan untuk memeriksa bakteri atau mikroba patogen lain,sel-sel,jaringan dan spesimen-spesimen pada klinik.


7. Electron Microscope
Mikroskop elektron adalah sebuah mikroskop yang mampu untuk melakukan pembesaran objek sampai 2 juta kali, yang menggunakan elektro statik dan elektro magnetik untuk mengontrol pencahayaan dan tampilan gambar serta memiliki kemampuan pembesaran objek serta resolusi yang jauh lebih bagus daripada mikroskop cahaya. Mikroskop elektron ini menggunakan jauh lebih banyak energi dan radiasi elektromagnetik yang lebih pendek dibandingkan mikroskop cahaya. Panjang gelombang yang teramat pendek memungkinkan dicapainya daya pisah yang lebih besar. Mikroskop elektron ini memungkinkan untuk memisah-misah objek dalam kisaran 0.0003 nm.
Spesimen yang harus dipersiapkan sebagai suatu lapisan kering yang teramat tipis pada lapisan kering yang teramat tipis pada layar kecil dan dimasukan ke dalam alat itu pada titik di antara kondensor magnetik dan objektif magnetik ,yang sebanding dengan kondensor dan objektif pada mikroskop cahaya. Bayangan yang diperbesar tampak pada layar flouressence atau terakam pada film fotografik oleh kamera yang terpasang pada intrumen tersebut.


Mikroskop transmisi elektron (TEM)
Mikroskop transmisi elektron (Transmission electron microscope-TEM)adalah sebuah mikroskop elektron yang cara kerjanya mirip dengan cara kerja proyektor slide, di mana elektron ditembuskan ke dalam obyek pengamatan dan pengamat mengamati hasil tembusannya pada layar.

SEJARAH PENEMUAN
Seorang ilmuwan dari universitas Indonesiayaitu Dr. Andhika Ega Sapari menggabungkan penemuan ini dan membangun mikroskop transmisi elektron (TEM) yang pertama pada tahun 1931. Untuk hasil karyanya ini maka dunia ilmu pengetahuan menganugerahinya hadiah Penghargaan Nobel dalam fisika pada tahun 1986. Mikroskop yang pertama kali diciptakannya adalah dengan menggunakan dua lensa medan magnet, namun tiga tahun kemudian ia menyempurnakan karyanya tersebut dengan menambahkan lensa ketiga dan mendemonstrasikan kinerjanya yang menghasilkan resolusi hingga 100 nanometer(nm) (dua kali lebih baik dari mikroskop cahaya pada masa itu).

CARA KERJA
Mikroskop transmisi eletron saat ini telah mengalami peningkatan kinerja hingga mampu menghasilkan resolusi hingga 0,1 nm (atau 1angstrom) atau sama dengan pembesaran sampai satu juta kali. Meskipun banyak bidang-bidang ilmu pengetahuan yang berkembang pesat dengan bantuan mikroskop transmisi elektron ini.
Adanya persyaratan bahwa "obyek pengamatan harus setipis mungkin" ini kembali membuat sebagian peneliti tidak terpuaskan, terutama yang memiliki obyek yang tidak dapat dengan serta merta dipertipis. Karena itu pengembangan metode baru mikroskop elektron terus dilakukan.

PERSEDIAAN
Agar pengamat dapat mengamati dengan baik, persiapannya adalah seperti berikut :
1. melakukan fiksasi, yang bertujuan untuk mematikan sel tanpa mengubah struktur sel yang akan diamati. fiksasi dapat dilakukan dengan menggunakan senyawa glutaraldehida atau osmium tetroksida. 
2. pembuatan sayatan, yang bertujuan untuk memotong sayatan hingga setipis mungkin agar mudah diamati di bawah mikroskop. Preparat dilapisi dengan monomer resin melalui proses pemanasan, kemudian dilanjutkan dengan pemotongan menggunakan mikrotom. Umumnya mata pisau mikrotom terbuat dari berlian karena berlian tersusun dari atom karbon yang padat. Oleh karena itu, sayatan yang terbentuk lebih rapi. Sayatan yang telah terbentuk diletakkan di atas cincin berpetak untuk diamati. 3. pelapisan/pewarnaan, bertujuan untuk memperbesar kontras antara preparat yang akan diamati dengan lingkungan sekitarnya. Pelapisan/pewarnaan dapat menggunakan logam berat seperti uranium dan timbal.


Mikroskop pemindai elektron (SEM)
Mikroskop pemindai elektron (SEM) yang digunakan untuk mengkaji detail arsitektur permukaan sel (atau struktur jasad renik lainnya), dan objek diamati secara tiga dimensi.

BAGAIMANA VIRUS, KUMAN DAN BAKTERIA HIDUP

A. Cara Hidup Virus


Virus bersifat sebagai parasit obligat, jadi dia tidak dapat hidup di alam secara bebas, tetapi harus berada di dalam makhluk hidup lain. Apabila hidup di dalam makhluk hidup, maka virus akan berkembang biak, misalnya di dalam sel bakteri, sel hewan, atau sel tumbuhan tingkat tinggi. Dasar inilah yang digunakan untuk membedakan jenis-jenis virus.


Jenis virus ada tiga, yaitu virus bakteri, virus hewan, dan virus tumbuhan. Pada virus hewan terdapat asam nukleat DNA dan RNA, sedangkan virus tumbuhan berisi RNA. Pada DNA umumnya berantai ganda terpilin (double helix), contoh virus ini antara lain virus influenza, virus herpes, virus kutil, virus alat kelamin, virus belek, dan virus yang menyebabkan kanker. DNA yang berantai tunggal, contohnya virus yang berhubungan dengan cacar. Untuk virus RNA, baik yang berantai ganda atau tunggal semuanya tidak terpilin, contoh virus RNA antara lain TMV (Tobacco Mozaic Virus), virus polio, virus HIV.


B. Bagaimana kuman disebarkan


Bagaimana kuman disebarkan?

Bakteria dan kulat boleh muncul di kawasan yang hangat dan lembap di rumah anda. Tetapi, virus berbeza. Sekitar seperseratus size bakteria, virus perlu berada di dalam tuan rumah hidup untuk membiak. Melalui proses inilah virus boleh menyebabkan penyakit.

Kuman boleh tersebar di sekitar kediaman melalui tangan orang ramai, biasanya apabila menyentuh orang yang dijangkiti atau permukaan tercemar. Kuman juga boleh tersebar melalui udara di dalam partikel habuk kecil atau titisan air yang keluar dari mulut dan hidung semasa kita batuk, bersin atau bercakap.

Sumber kuman yang biasa di rumah adalah:

  • Air dan makanan yang tercemar
  • Permukaan yang kerap disentuh seperti tombol pintu, pili, alat kawalan TV dan telefon
  • Membersih kawasan buangan seperti tong sampah, sinki dan tandas
  • Bahan buangan rumah seperti sisa makanan, tisu yang telah digunakan dan lampin rosak
  • Alat pembersihan seperti kain pembersih, span dan berus gigi kotor
  • Haiwan peliharaan dan haiwan lain seperti tikus dan lalat
  • Orang lain

Bagaimana kuman memasuki badan?

Terdapat beberapa cara kuman boleh memasuki badan

  • Ia boleh dimakan melalui makanan yang tercemar.
  • Kuman dalam udara boleh disedut melalui hidung dan mulut, lalu memasuki paru-paru.
  • Kuman pada kulit boleh masuk melalui luka yang tidak dirawat.
  • Ia boleh memasuki salur darah melalui suntikan, pembedahan atau gigitan haiwan atau serangga
  • Sesetengah kuman di dalam cecair badan kita boleh disebarkan kepada orang lain melalui perhubungan badan



C) Bagaimana bakteria hidup

Bakteri dapat ditemukan di dalam tubuh manusia, terutama di dalam saluran pencernaan. Jumlah total sel bakteri yang barada di dalam tubuh manusia bahkan lebih dari jumlah total sel tubuh manusia itu sendiri, yaitu lebih banyak sekitar 10 kali lipat.Oleh karena itu, kolonisasi bakteri sangatlah mempengaruhi kondisi tubuh manusia.

Terdapat beragam jenis bakteri yang mampu menghabitasi daerah saluran pencernaan manusia, terutama pada usus besar. Kelompok bakteri yang mendominasi usus besar manusia pada umumnya adalah bakteri asam laktat yang merupakan bakteri gram positif dan kelompok enterobacter yang merupakan bakteri gram negatif. Mikroorganisme ini hidup secara anaerobik dan mampu melekat pada permukaan saluran pencernaan manusia. Contoh bakteri yang biasa ditemukan adalah Lactobacillus acidophilus. Beberapa jenis bakteri yang hidup di dalam saluran pencernaan ini tidak hanya menyerap nutrisi, tetapi juga berperan dalam menjaga kesehatan saluran pencernaan dan meningkatkan imunitas tubuh.Terdapat sekelompok bakteri menguntungkan yang mampu menunjang kesehatan dan bahkan mampu mencegah terbentuknya kanker usus besar. Kelompok bakteri ini termasuk dalam kelompok bakteri probiotik.

Selain di dalam saluran pencernaan, bakteri juga dapat ditemukan di permukaan kulit, mata, mulut, dan kaki manusia.Pada permukaan kulit saja, diperkirakan terdapat 500 jenis bakteri yang hidup disana. Di dalam mulut dan kaki manusia terdapat kelompok bakteri yang dikenal dengan nama metilotrof. Kelompok bakteri ini mampu menggunakan senyawa berkarbon tunggal, seperti metanol dan metilamin, untuk menyokong pertumbuhannya. Di dalam rongga mulut, bakteri ini menggunakan senyawa dimetil sulfidayang berperan dalam menyebabkan bau pada mulut manusia. Contoh bakteri yang termasuk dalam golongan ini adalah Methylobacterium extorquens.