TAWARAN DI UNIVERSITI DAN SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Antara universiti yang menawarkan pengajian dalam bidang mikrologi antaranya ialah;
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- dan lain2 universiti di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada dan Jepun
Syarat Melanjutkan Pengajian
- Cara pertama: Calon perlu lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( aliran sains serta kepujian mata pelajaran bahas Melayu dan mata pelajaran sains lain. Kelulusan ini membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi atau asasi sains Kementerian Pendidikan untuk tempoh satu setengah tahun. Selepas menamatkan pengajian, pelajar akan ditawarkan ke program sains di peringkat sarjana muda berdasarkan peperiksaan matrikulasi/asasi sains.
- Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan dan kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, calon perlu lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat gred yang baik tiga daripada mata pelajaran biologi, kimia, fizik dan matematik.
- Cara ketiga: memiliki diploma sains daripada universiti tempatan atau Universiti Teknologi Mara ( juga boleh memohon mengikuti program ini melalui kemasukan kes khas.
- Cara keempat: Universiti tempatan juga mengambil pelajar melalui saluran kedua. Cara ini memerlukan calon lulus serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, kimia, biologi dan Matematik.
- Selain itu, calon telah mempunyai pengalaman kerja sekurang-sekurangnya lima tahun sebagai pembantu makmal, juruteknik, pembantu perubatan, inspektor kesihatan, jururawat dan guru sains.
doakan saya supaya cemerlang dan dapat mengambil kos mikrobiologi dan mendapat tawaran ke universiti yg bagus dgn izin Allah....aaminn
BalasPadamsaya nk tanya,klw ambil form 6 aliran sc tp x ambil kimia dgn fizik masih boleh ke sy smbung dlm bidang mikrobiologi ni?
BalasPadam